Selepas cuti seminggu hari raya..seperti biasa pulang ke Johor Bharu meneruskan practical harian seperti biasa. Bulan syawal selalu selepas raya...saya kunjungi rumah2 terbuka kekawan..konvo ramai2 sahabat beraya..melawat saudara mara..namun kali ini masa membataskan segala bagi saya.

Kali ini masa bulan syawal byk menghabiskan masa bersama jemaah masjid Faizun bermaharban, doa selamat tahlil dan sebagainya. Melihat masyahrakat islam kempas yang active menjalankan aktiviti2 nya untuk mendapat rahmat dariNYA. Bila join maharban, terkenang masa kecik dulu kat penang, terutama kanak2 sangat suka mengikut golongan jemaah kesetiap rumah untuk bermarhaban..paling seronok bagi mereka..duit raya la semestinya. Melihat keadaan disini, mengingatkan kembali masa silam kenyaringan suara kanak-kanak serta jemaah masjid bermarhaban dirumah nenek sebelum 1 syawal atau selepasnya. Manakala golongan mak2 aji pulak berzanji beramai dimalam akad nikah atau kenduri qiqah. Makan daging kambing..panas2..hehehe

Mengikut jemaah bermaharban, talbiahkan diri ini byk berselawat kepada nabi mengingatkan kepada Rasulullah. Melihat amalam semakin tenggelam zaman ke zaman..ianya masih kuat diamalkan sehingga kini. Alhamdulliah. Mengingat saya kepada kate2 sorang Wak dimasjid bulan ramandan yang lepas. Orang muda sekarang hanya tau mengorat aje, zaman muda2 dulu mana ade, golongan muda sibuk mengaji al-quran, berlatih marhaban, berzanji dan sebagai. Saya mentafsir ape yang dikatekan olehnya, melihat golongan marhaban, berzanji kebanyakan golongan2 tua dan kanak2..dimanakah golongan mahasiswa kite yang bakal menerusikan generasi masa depan? ini menjadi satu persoalan yang timbul difikiran saya.
Adekah kite sibuk menghabiskan masa open house ..makan ..makan..mengeratkan silaturrahim adelah mulia, kunjung mengujung pun bagus..cuma jgn terlalu leka dgn gairah makanan, amalan seperti marhaban kite ketepikan. Lepas marhaban ade kenduri ape....cuma perlu diseimbangkan ( org melayu memang suka makan :D ). Sebut aje makan..mesti mai punya.
p/s:Faiz, lepas abg asrool habis practical..kite berlatih marhaban/berzanji nak..ngee~


